Thursday, November 6, 2008

"Lintah - Bioteknologi"


Dalam Rancangan Malaysia Ke Sembilan (RMK9), pembangunan pertanian dan industri asas tani telah diberikan keutamaan. Jumlah peruntukan untuk pembangunan sector ini telah meningkat dari RM7749 juta dalam RMK8 kepada RM11435 juta. 5.4% dari jumlah tersebut adalah peruntukan untuk Insentif Pembiayaan Swasta iaitu sebanyak RM350 juta.
Selain pembiayaan dari segi kewangan, pihak kerajaan juga menawarkan bantuan dari segi khidmat sokongan. Khidmat sokongan yang ditawarkan adalah dalam bentuk latihan (iaitu dari segi formal dan tidak formal) dan juga penyelidikan. Pihak kerajaan melalui RMK9 juga mengenalpasti beberapa pendekatan untuk tujuan pembangunan industri asas tani. Antaranya ialah:
  • Mempertingkatkan mekanisasi dan automasi dengan tujuan mengurangkan penggunaan tenaga buruh terutamanya penggantungan terhadap tenaga buruh asing.
  • Perlaksanaan pendekatan pemasaran yang memberi penekanan kepada piawai produk dan akreditasi.
  • Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dengan meluas sebagai pemudah.
  • Pembangunan koridor pembangunan utara (NCER) yang meliputi kawasan di negeri Perlis, Kedah, Seberang Perai di Pulau Pinang dan Perak menjadi wilayah pertanian moden dan berskala komersil.

Industri penternakan lintah juga boleh dikategorikan sebagai industri bioteknologi yang sekarang ini sedang diperluaskan oleh kerajaan. Penglibatan bumiputera dalam bidang biotekknologi adalah sangat rendah dan sangat dialu-alukan oleh pihak kerajaan.
Jadi, apa lagi yang ditunggu...??? Takkan tggu subsidi kottt... Bangunlah bangsaku dari tidur lena yg panjang...