Thursday, November 6, 2008

Penghasilan 'hirudin' dari lintah tempatan (hirudo medicinalis)

'Hirudin' adalah sejenis protein yang diperolehi dari lintah tempatan (hirudo medicinalis), berfungsi sebagai agen anti-pembekuan semulajadi. Dari beberapa penyelidikan, telah dibuktikan bahawa hirudin boleh berfungsi secara berkesan menyekat pembentukan thrombus bagi menghalang proses pembekuan darah.

Perkembangan pesat dalam bidang bioteknologi dan biologi molekul, yang melibatkan teknik-teknik DNA rekombinan dan proses penulinan protein, membolehkan hirudin diperolehi, ditulin dan dihasilkan secara skala besar. Kebolehdapatan hirudin secara skala besar dalam pasaran membolehkan bahan ini digunakan dengan meluas dalam bidang perubatan untuk merawat beberapa jenis penyakit thrombotik dan boleh digunakan semasa pembedahan dijalankan.


sumber:
abd. latif, fazilah (1992)
seminar penyelidikan fakulti kej. kimia & kej. sumber asli . I-7.
universiti teknologi malaysia